Pelbagai inovasi telah dibuat pada era masa kini dan inovasi ini telah dibawa masuk ke dalam pendidikan dan ini memudahkan dan menambahkan lagi teknik dalam pengajaran. Bagi saya teknologi dan inovasi yang perlu diketengahkan adalah dalam pelbagai segi agar pelajar tidak bosan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang ini.
SARANAN 1 - Perpustakaan digital
SARANAN 1 - Perpustakaan digital
Saranan saya dalam menjalankan inovasi dan teknologi dalam pendidikan ialah membina perpustakaan digital di mana di UKM juga ada yang dinamakan egemilang. Ini adalah bagi memudahkan para pelajar untuk merujuk di mana-mana. Pelajar tidak perlu untuk pergi ke perpustakaan. Pelajar boleh mengaksesnya di mana-mana sahaja.
Contoh kandungan untuk perpustakaan digital :
1) Skrip , tesis , jurnal yang telah diubah menjadi format digital
2) Laporan seminar , bengkel yang tidak dibukukan juga boleh didigitalkan , di rekod menjadi video dan dimasukkan ke dalam perpustakaan digital.
3) Video clip untuk proses pembelajaran yang tidak perlu kita mencari menggunakan Youtube juga boleh dimasukkan contohnya koleksi daripada Discovery Channel , History Channel dan lain-lain.
4) Eletronik ebook (eBook)
5) Eletrik-Journal ( eJournal) iaitu jurnal yang bertaraf nasional dan antarabangsa juga harus disediakan.
6) Koleksi surat khabar atau artikel , gambar-gambar yang penting yang digunakan untuk pembelajaran juga perlu diaplikasikan dalam bentuk digital.
SARANAN 2 - Pembelajaran menggunakan video , lagu dan muzik
SARANAN 3 - Pembelajaran jarak jauh
Pembelajaran secara jarak jauh boleh dibuat dan ini menyenangkan lagi pelajar kerana mereka boleh belajar di bilik dan berkomunikasi dengan pensyarah pada masa yang sama. Modul pelajaran ini di elektronikkan dan pelajar boleh mengaksesnya dan ini menjimatkan masa dan juga ruang. Soalan soalan peperiksaan juga boleh dimasukkan ke dalam laman sesawang agar pelajar boleh membuat ulang kaji dengan senang. Pelajar berkomunikasi dengan pensyarah menggunakan video 3G . Tetapi pelajar harus tahu pada pukul berapa pensyarah akan berada di depan komputer. Adalah diharapkan matlamat untuk menghasilkan masyarakat yang berilmu dan dinamis mampu direalisasikan melalui peningkatan dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan inovasi teknologi ini .
SARANAN 4 - MULTIMEDIA
Salah satu teknologi komputer dan maklumat yang sering kali digunakan ialah multimedia. Apabila diperkatakan tentang multimedia, secara langsung kita akan memahami yang ia berkait rapat dengan komputer. Multimedia adalah proses komunikasi interaktif berasaskan penggunaan teknologi komputer yang merangkumi penggunaan media audio visual seperti teks, grafik, audio, video dan animasi (Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Multimedia akan mengubah penggunaan komputer asas dengan melalui rangkaian ‘masuk’ ke dunia laman web. Multimedia dapat mengintegrasikan perkataan, audio, imej grafik, hypertext dan video digital. Multimedia ini digunakan apabila pembelajaran dilakukan di dalam kelas juga sama ada menggunakan power point , adobe , word dan sebagainya.
Kesimpulan yang saya ambil daripada inovasi dan teknologi adalah semakin jauh kita berjalan semakin banyak inovasi yang dilahirkan dan berkembang di sekeliling kita . Tetapi haruslah teknologi dan inovasi ini diaplikasikan dengan kaedah yang sesuai dan bukannya ia kerana baru tetapi mengikut keselesaan diri sendiri.
Mohamad Haziq Ezwanb.Baharudin
ReplyDeleteA137927
FST
penulisan ini terlalu sukar bahasanya. mungkin kerana terlalu terus diambil daripada mana2 sumber
Noor Shamila Johari
ReplyDeleteA132544
FST
Saya setuju dengan pandangan awak!
Mohamad Haziq Ezwan b.Baharudin
ReplyDeleteA137927
FST
saranan yang ke3 adalah melalui elearning. negare2 maju telah menggunakan care ini dan ternyata corak pembelajarannya berkesan. negare kite haruslah bersedia untuk mnukar polisi pembelajaran negare :). keep it up!
saya juga bersetuju dengan pandangan awak! :)
ReplyDeleteHasannudin A133102
nice isu....
ReplyDelete