Sunday, 2 December 2012

BIODATA




Nama                 : Salwa Bt Ismail
No Matrik           : A132899
Program             : Ijazah Sarjanamuda Sains Aktuari Dengan Kepujian
Tahun Pengajian : 3
Semester            : 1 ( 2012/2013 )
Tutorial              : Selasa 
              Masa     : 8:00 - 10:00 malam
              Tempat : Makmal , Fakulti Pendidikan , Universiti Kebangsaan Malaysia
Emel                   : salwaismail91@gmail.com

VIDEO BERKUMPULAN

Video ini telah disiapkan bersama ahli kumpulan saya yang terdiri daripada Hafizul Mukmin , Haziq Ezwan dan Ida.

Seperti yang kita tahu sosial adalah gejala atau isu yang semakin meningkat pada era masa kini , namun kita juga tidak boleh lupa dengan kontranya iaitu antisosial. Antisosial adalah satu sifat di mana seseorang tidak bercampur dengan orang lain termasuk keluarga , kawan , dan orang ramai. Anti sosial banyak terjadi kerana timbulnya teknologi baru tanpa kita sedari gajet , dan banyak lagi. Sifat malu untuk bertemu orang ramai oleh kerana masa banyak diluangkan dengan gajet juga menjadi satu punca terjadinya antisosial. Cuba kita lihat dalam diri kita , adakah kita antisosial ? Sosial ada juga positif dan negatif begitu juga dengan anti sosial. Mari saksikan video yang telah dihasilkan oleh kami. Semoga mendapat apa yang disampaikan  :)


GAMBAR MODEL PASU

Pasu ini dibuat daripada botol cecair contact lens dan dipotong dibahagian tengah. Tanah boleh diletakkan didalamnya dan dibahagian depan ada saluran air. Pasu ini boleh diletakkan diluar rumah atau di atas meja belajar bagi penggemar bunga yang inginkan pemandangan ketika belajar. Pasu ini juga boleh diletakkan secara menegak seperti gambar di bawah. Selamat mencuba ! :)













PANDANGAN TENTANG TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Pelbagai inovasi telah dibuat pada era masa kini dan inovasi ini telah dibawa masuk ke dalam pendidikan dan ini memudahkan dan menambahkan lagi teknik dalam pengajaran. Bagi saya teknologi dan inovasi yang perlu diketengahkan adalah dalam pelbagai segi agar pelajar tidak bosan dan sentiasa peka dengan perkembangan teknologi yang semakin berkembang ini.

SARANAN 1 - Perpustakaan digital



Saranan saya dalam menjalankan inovasi dan teknologi dalam pendidikan ialah membina perpustakaan digital di mana di UKM juga ada yang dinamakan egemilang. Ini adalah bagi memudahkan para pelajar untuk merujuk di mana-mana. Pelajar tidak perlu untuk pergi ke perpustakaan. Pelajar boleh mengaksesnya di mana-mana sahaja.



Contoh kandungan untuk perpustakaan digital :
 1) Skrip , tesis , jurnal yang telah diubah menjadi format digital
 2) Laporan seminar , bengkel yang tidak dibukukan juga boleh didigitalkan , di rekod menjadi video dan dimasukkan ke dalam perpustakaan digital.
 3) Video clip untuk proses pembelajaran yang tidak perlu kita mencari menggunakan Youtube juga boleh dimasukkan contohnya koleksi daripada Discovery Channel , History Channel dan lain-lain.
 4) Eletronik ebook (eBook)
 5) Eletrik-Journal ( eJournal) iaitu jurnal yang bertaraf nasional dan antarabangsa juga harus disediakan.
 6) Koleksi surat khabar atau artikel , gambar-gambar yang penting yang digunakan untuk pembelajaran juga perlu diaplikasikan dalam bentuk digital.

SARANAN 2 - Pembelajaran menggunakan video , lagu dan muzik




Kegagalan murid untuk membaca dengan baik akibat daripada ayat yang panjang dan kompleks juga perlu diberi penekanan . Mungkin pelajar mula bosan untuk membaca dan memahami sesuatu perkara dan cepat merasa mengantuk. Menurut Blair, Jones & Simpson (1991), orang yang lembab memerlukan bantuan untuk mencari bahan yang agak mudah dan menyeronokkan supaya kemahiran membaca bertambah pada kadar yang biasa baginya. Banyak kajian lepas telah dikendalikan untuk menguji keberkesanan muzik terhadap perkembangan mental.  Menurut  ahli sains, manusia yang terdedah kepada muzik atau bermain instrumen muzik mempunyai pencapaian akademik yang lebih baik.  Hasil kajian baru-baru ini mendapati bahawa pendedahan terhadap muzik mempercepat umur membaca, IQ dan perkembangan mental (Droscher, 2006). Jadi ini lagi memudahkan pelajar dan tidak membuatkannya bosan , mungkin lagu atau muzik perlu dipasang secara perlahan. Video juga boleh ditayangkan agar maksud pembelajaran atau pengajaran senang sampai kerana kita melihat secara visual.

SARANAN 3 - Pembelajaran jarak jauh

Pembelajaran secara jarak jauh boleh dibuat dan ini menyenangkan lagi pelajar kerana mereka boleh belajar di bilik dan berkomunikasi dengan pensyarah pada masa yang sama. Modul pelajaran ini di elektronikkan dan pelajar boleh mengaksesnya dan ini menjimatkan masa dan juga ruang. Soalan soalan peperiksaan juga boleh dimasukkan ke dalam  laman sesawang agar pelajar boleh membuat ulang kaji dengan senang.  Pelajar berkomunikasi dengan pensyarah menggunakan video 3G . Tetapi pelajar harus tahu pada pukul berapa pensyarah akan berada di depan komputer. Adalah diharapkan matlamat untuk menghasilkan masyarakat yang berilmu dan dinamis mampu direalisasikan melalui peningkatan dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan inovasi teknologi ini .

SARANAN 4 - MULTIMEDIA

Salah satu teknologi komputer dan maklumat yang sering kali digunakan ialah multimedia. Apabila diperkatakan tentang multimedia, secara langsung kita akan memahami yang ia berkait rapat dengan komputer. Multimedia adalah proses komunikasi interaktif berasaskan penggunaan teknologi komputer yang merangkumi penggunaan media audio  visual seperti teks, grafik, audio, video dan animasi (Jamalludin dan Zaidatun, 2003). Multimedia akan mengubah penggunaan komputer asas dengan melalui rangkaian ‘masuk’ ke dunia laman web. Multimedia dapat mengintegrasikan perkataan, audio, imej grafik,  hypertext dan video digital. Multimedia ini digunakan apabila pembelajaran dilakukan di dalam kelas juga sama ada menggunakan power point , adobe , word dan sebagainya.

Kesimpulan yang saya ambil daripada inovasi dan teknologi adalah semakin jauh kita berjalan semakin banyak inovasi yang dilahirkan dan berkembang di sekeliling kita . Tetapi haruslah teknologi dan inovasi ini diaplikasikan dengan kaedah yang sesuai dan bukannya ia kerana baru tetapi mengikut keselesaan diri sendiri. 

10 VIDEO TEKNOLOGI & INOVASI DALAM PENDIDIKAN

Tugasan ini telah diberi oleh pensyarah kami untuk mencari dan melihat video inovasi yang disampaikan dengan unsur lawak dan humour.

VIDEO 1 -  YAMAHA DAN ROBOT


VIDEO 2 - TOYOTA DAN PASANGAN SUAMI ISTERI


VIDEO 3 - HELMET


VIDEO 4 - MOTOR SATU MALAYSIA




VIDEO 5 - INOVASI KAPAL TERBANG



VIDEO 6 - Cara menjawab peperiksaan berinovasi



VIDEO 7 - TEKNOLOGI DI DALAM SAUNA



VIDEO 8- TEKNOLOGI YANG BOLEH MENYELAMATKAN KEADAAN



VIDEO 9 - LORI

VIDEO 10 - NISSAN