Tuesday, 6 November 2012

10 ALAT TEKNOLOGI KESIHATAN & SUKAN



        ALAT PENCARI BAKAT SUKAN

APLIKASI ini akan menentukan tahap stamina dan kecekapan seseorang melalui respons yang diterima daripada kesan lompatan ke enam arah berbeza di atas panel heksagon.

- Keistimewaan ciptaan ini :

1) Mengukur tahap kecergasan diri seseorang sekali gus menentukan jenis sukan yang sesuai disertai individu berkenaan.


Sama ada seseorang itu boleh bermain badminton, skuasy, tenis, judo, renang dan sebagainya, ia bergantung kepada ukuran tahap ketangkasan atau kelajuan pergerakan tubuh badan dalam keadaan stabil juga seimbang yang diperoleh daripada mesin tersebut.

2) Alat ini dicipta untuk mengenal pasti bakat awal kanak-kanak dalam sukan tertentu di samping dapat menguji tahap ketangkasan setiap individu mahupun atlet sukan
3) Ia juga bertindak sebagai alat latihan sampingan sekiranya seseorang atlet itu mengalami kecederaan dan tidak dapat menjalani latihan seperti biasa.

Cara penggunaan :


1) Pengguna perlu menekan butang mula dan memilih aplikasi yang bersesuaian sebelum melompat ke enam arah berlainan.
2) Pengguna perlu melengkapkan sebanyak tiga pusingan dengan sepantas mungkin dan mesin yang dipasang bersama alat itu akan mengeluarkan keputusan.

Justeru, bacaan yang diperolehi daripada mesin adalah tepat dan konsisten dan dari situ kita akan dapat tahu sukan yang sesuai kepada mereka yang membuat ujian itu



NECKLIF SLIMMER


     Neckfit Slimmer adalah sebuah alat inovasi terbaru yang telah terbukti mampu menghilangkan penumpukan lemak di bawah dagu dan sekitar leher, menjadikan dagu dan leher anda kembali ramping dan tampil menarik.
  
      Pemakaian hanya minimum 2 minit sehari, alat tidak menimbulkan rasa sakit karena pada hujung alat dirancang khusus mengikuti bentuk dagu. Lembut dan nyaman dipakai.
     Manfaat :  
     1) Dapat merampingkan dagu dan leher.
     2) Dapat menghilangkan dagu ganda atau leher berlipat.
     3) Dapat menghilangkan longgar atau kulit menggantung.
     4) Dapat membuat muka menjadi awet muda.  
    
      Cara Pemakaian : 
      1. Pilih power coil yang akan anda pakai 
      2. Untuk memasang power coil, ikuti petunjuk dalam manual.
      3. Letakkan neckfit slimmer di antara dada atas dan dagu ( ikuti gambar) . 
      4. Gerakkan leher perlahan naik dan turun.

           





POWER YOGA





        Alat inovasi terbaru dari Korea ini dapat membantu melatih gerakan YOGA .

      Kelebihannya : 
      1) Kesihatan & kesegaran tubuh, dengan bentuk yang sangat elegan untuk releksasi & pembentukan
      2) Alat ini berfungsi untuk memperbaiki punggung bahagian belakang, otot perut, posisi keseimbangan tubuh agar lebih tegap ( mantap) dan dapat meninggikan badan.
      3) Sesuai digunakan oleh berbagai usia tua mahupun muda serta mudah dalam pengunaannya , praktikal alat ini sangat digemari oleh para penggunanya.




   SENSIX : ALAT PENDETEKSI ALERGI







     Ketika anda sedang menglami alergi mungkin alat ini sangat berguna. Alat ini diciptakan oleh Essential design yang memenangi bronze International Design Excellence Award.

     
     Kelebihan alat ini : 
     1) SENSIX adalah alat yang memonitor dan merespon untuk anak yang menghidap alergi    akut (severe allergic reactions).
     2) Alat ini memiliki monitor yang secara fizik sangat sesuai untuk kanak-kanak..Ketika  reaksi alergi muncul monitor tersebut memperingatkan para ibu bapa atau pengasuhnya dan secara simultan menidentifikasikan  lokasi si anak dan perawatan yang diperlukan.
     3) Alat ini juga memiliki monitor yang berupa ikon grafik yang berfungsi untuk mengidentifikasi makanan atau  zat zat penyebab alergi (allergens). 



   

    EAT FIT CUTLERY SET


     

-    Alatan senaman ini merupakan sudu, garfu dan pisau yang di perbuat dari stainless steel. Masing-masing memiliki berat sekitar 2 kg.Bahkan ketika digunakan menyuap makanan, berat bahagian hujungnya akan bertambah setengah kg.
      
     1)Ini adalah cara yang berkesan dan tepat untuk orang hobinya makan namun malas bersukan.                
    2)Seorang ahli sukan, Erak Simpsson, memuji inovasi tersebut. Meskipun mungkin kurang efektif, namun itu akan meningkatkan kesedaran orang ramai tentang fitness.
    3)“Ini akan meningkatkan kesedaran untuk bersenam,” ujar Erak Simpsson, ahli fitness. “Berkesan alat itu atau tidak bergantung pada apa yang dimakan.”





COWAY BIDET SYSTEM


  

      Kelebihan : 



     1) Alat ni lebih kepada kegunaan para wanita yang sangat mementingkan kebersihan diri. Alat ini adalah alat yang digunakan untuk membersihkan kemaluan dengan lebih baik.

     2) Air yang akan digunakan akan di tapis menggunakan nano teknologi pada alat tersebut. Disebabkan kualiti air di Malaysia sekarang tidak memberangsangkan, maka alat ini direka untuk menjamin bahawa air yang ditapis, bebas daripada bakteria yang merbahaya.
    3)Bagi wanita yang sedang datang bulan , disarankan anda menggunakan alat ini. Bukan sahaja datang bulan sahaja, untuk buang air kecil mahupun besar juga sesuai.

- Dengan melihat pada mekanisme yang direka untuk alat ini, jelas bahawa produk buatan Korea ini amat mementingkan setiap aspek, dari segi penggunaan, kualiti, dan juga ketahanan.

- Air yang akan menjirus kepada kemaluan berupa buih dan ia bersuhu suam. Amat sesuai untuk keselesaan pengguna. Untuk spekifikasi produk ini, sila rujuk gambar di bawah (klik untuk membesarkan gambar tersebut).





Cara menggunakan coway bidet system


ALAT BEKAM TERAPI MAGNET



Bekam juga boleh digabungkan dengan terapi magnet dan dikenali sebagai bekam magnet.



Bekam magnet adalah gabungan bekam angin dan terapi magnet. Magnet kecil dimasukkan ke dalam cawan bekam (gambar kiri) dan kemudiannya bekam angin dilakukan seperti biasa. Gambar di bawah menunjukkan bekam magnet dilakukan ke atas tulang belakang pesakit yang kerap sakit belakang.


Ianya bertujuan:



·                     melancarkan pengaliran darah
·                     menghilangkan sakit belakang
·                     merawat masalah sakit pinggang
·                     mengaktifkan saraf di tulang belakang dan
·                     menyihatkan organ-organ yang bersambung dengannya.


NECK MASSAGER


 Neck Massager diperbuat mengikut teori perubatan barat, iaitu elektromagnetisma dan terapi perubatan suhu tinggi. Ia merupakan satu alat perubatan dan penjagaan kesihatan yang berteknologi tinggi serta boleh digunakan di rumah.

Ia direka berdasarkan ciri-ciri fisiologi dan patologi anatomi tulang belakang servikal. Ia dihasilkan akibat integrasi terapi gelombang elektromagnetik ultra panjang, terapi magnet, terapi terma gelombang haba dan terapi denyutan elektrik bagi memberikan rawatan yang lebih pertinen, mudah dan berkesan

Alat rawatan ini dihasilkan berdasarkan prinsip keselamatan, sains dan efikasi. Reka bentuk luarnya diperbuat mengikut prinsip ergonomik, maka menjadikannya ideal digunakan sebagai terapi untuk tulang belakang dan bahu manusia.

Alat ini ringan dan comel, serta dioperasikan melalui suis sentuh dan cip bersepadu yang khusus. Persembahannya stabil dan boleh digunakan semasa tidur kerana ia selamat, selesa dan senang.


    ULTRA LONG ELECTROMAGNETIC WAVE MASSAGER


Kelebihan : 

-Ultra long wave dijumpai dan direka oleh orang Jepun sebagai alat pemulihan dan penjagaan kesihatan.
-Fungsi alat ini termasuklah menahan sakit dan menghilangkan inflamasi,mengeluarkan toksin dan menguruskan badan,mengaktifkan sel darah dan mencairkan darah beku serta melancarkan peredaran sistem urat.Ultra Long Electromagnetic Wave Massager adalah alat fisiologi yang senang diguna dan dibawa.
-Anda hanya perlu gunakannya di tempat sakit,tidak selesa, atau di mana ada penyakit,maka ia akan membawa kesan perubatan yang baik.
-Zaman sekarang adalah zaman yang berentak cepat,keperluan manusia adalah cara penggunaan yang ringkas,senang dan berkesan.


ALAT PENGESAN ALIRAN DARAH


Kelebihan : 
-Alat ini berfungsi untuk mengesan abnormaliti aliran darah ke jantung.Alat pengesan bersaiz dua ibu jari itu akan diletakkan di saluran darah atau endothelium iaitu punca kepada kerosakan jantung bermula.

-Dengan alat tersebut, kerosakan pada jantung dapat dikesan sekurang-kurangnya dua tahun lebih awal dan rawatan boleh diberikan dengan segera sebelum ia menjadi lebih serius.

-Obesiti menjadi faktor kepada berlakunya pembesaran atrial kiri yang meningkatkan risiko strok, ritma jantung tidak normal serta maut.

- Kajian yang diterbitkan dalam jurnal American College of Cardiology itu mendapati struktur jantung serta injap jantung turut mengalami perubahan yang berpunca daripada obesiti.